9 makanan perlu elak dalam diet

SETIAP orang mempunyai tubuh badan berbeza. Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan,  manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap kerana ingin menurunkan berat badan.

Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan segar.

Terdapat lebih kurang 9 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian bagi mendapatkan pemakanan sihat dan seimbang.

Jika anda menghadapi masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekali gus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu bagi mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan.

Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.

1. Minuman bergas (solf drinks) 
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap air bergas.

Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air, teh serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

2. Minuman kedai kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi ‘O’ atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi ‘O’, tanpa menambah susu, creamer atau gula.

3. Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

4. Roti, kek dan pastry 
Roti keju yang besar dan muffin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi.

Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut.
Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

5. Makanan dan Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi?.

Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak  kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.

6. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

7. Makanan goreng
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.

Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.

8. Makanan segera
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.

9. Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.

sumber

Related

Kesihatan 182618557966985112

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

emo-but-icon

Hot in week

Info Kerja Kosong Terkini

Info Biasiswa Terkini

Info Semakan Terkini

Like Our Facebook!!

Blog Archive

item