Hab pertama IOSCO di Asia

 https://2.bp.blogspot.com/-7W6FKknNzeo/WMePPn5E-iI/AAAAAAAAHCk/UZqvr9Rt1asuHeIDfyM00ZOpC6NHCcwRACLcB/s640/1%2Bnajib%2BlancAR.jpg
Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Hab Asia Pasifik Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO), badan yang mengawal selia pasaran modal dunia di ibu negara, hari ini.

Hab yang terletak di bangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bukit Kiara, itu adalah pejabat pertama badan dunia berkenaan di luar ibu pejabatnya di Madrid, Sepanyol.

Najib berkata, Malaysia bangga dipilih sebagai tuan rumah pejabat pertama IOSCO di rantau Asia Pasifik dan ia secara tidak langsung mampu mengukuhkan lagi nama negara di peringkat global.

"Penubuhan hab IOSCO itu adalah tepat pada masanya kerana rantau ini adalah antara pemain utama dan menyumbang kepada 30 peratus Keluaran Negara Kasar (GDP) global.

"Ia meningkat dua kali ganda berbanding tahun 1980 dan keseluruhan menyumbang 47 peratus pengeluaran dunia ," katanya ketika berucappada majlis perasmian hab itu.

Hadir sama Pengerusi Lembaga IOSCO merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, Ashley Alder serta Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

sumber

Related

Bisnes 5488448019671027005

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

emo-but-icon

Hot in week

Info Kerja Kosong Terkini

Info Biasiswa Terkini

Info Semakan Terkini

Like Our Facebook!!

Blog Archive

item