Cara Pendaftaran Secara Online myASNB

Urusan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini menjadi lebih mudah dengan penambahbaikan perkhidmatan oleh unit amanah itu.
Antaranya, semua urusan termasuklah menambah pelaburan, kemaskini atau keluar duit tidak lagi menggunakan buku pelaburan.
Sebaliknya pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai dokumen pengenalan diri untuk berurusan di kaunter ASNB, sama ada cawangan atau ejen ASNB yang dilantik.
Selain itu, pelabur juga kini mempunyai pilihan dalam membuat semakan baki termasuk kemaskini dan menambah pelaburan dengan menggunakan transaksi ASB secara online dengan hanya mendaftar menerusi portal MyASNB.
Bukan sahaja ASB, portal ini juga memberi akses kepada unit amanah saham yang lain di bawah ASNB seperti ASB2, ASW2020, ASM, ASD, AS1M, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

Cara Mendaftar ASB Secara Online Di Portal MyASNB

Sebelum mendaftar di MyASNB, sila hadir ke cawangan atau ejen ASNB untuk perkara berikut:
  1. Mendapatkan no akaun 12 digit
  2. Kemaskini no telefon bimbit untuk penghantaran TAC
  3. Pelabur ASB akan diberi satu nombor akaun unik yang mempunyai 12 digit untuk pelaburan mereka dalam mana-mana unit amanah ASNB.
  4. Nombor akaun 12 digit ini akan menjadi rujukan apabila pelabur berurusniaga dengan ASNB tidak kiralah samada untuk pelaburan dalam ASB, ASB2, ASM, ASN, ASN 2 atau unit amanah ASNB yang lain.

Daftar di Portal MyASNB

Sekiranya anda sudah mempunyai nombor akaun 12 digit berkenaan untuk pelaburan dalam unit amanah ASNB selain ASB, anda boleh menggunakan nombor berkenaan untuk mendaftar di MyASNB. Jangan lupa, kemaskini maklumat peribadi anda apabila anda berada di Cawangan/ ejen ASNB.
Lengkapkan Pendaftaran Portal MyASNB anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan ASNB. Selepas mendapat nombor akaun 12 digit dan mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah ke portal MyASNB untuk mendaftar.
  1. Sila klik : https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik pada pautan Daftar Di Sini di Portal MyASNB
  3. Langkah 1 : Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB
  4. Langkah 2 : Ikuti langkah mudah untuk pendaftaran myASNB
  5. Langkah 3 : Aktifkan akaun myASNB anda
  6. Langkah 4 : Mula melabur dalam unit amanah ASNB termasuk semakan ASB online serta unit amanah ASNB yang lain dan kemaskini
Nota: Apabila anda selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk log masuk kali pertama.
Adalah diingatkan supaya pengguna menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi,
Pusat Khidmat Pelanggan untuk MyASNB di talian 03 8026 8101
Urusan pelaburan boleh dibuat seperti biasa menerusi:
  • 30 Cawangan ASNB di seluruh negara
  • Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan Affinbank; dan
  • Perbankan Internet – Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow. 
MOGA BERMANFAAT | PLZ SHARE!!! | SEMAK SEKARANG ...

Related

Pendidikan 3705956548605558946

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

emo-but-icon

Hot in week

Info Kerja Kosong Terkini

Info Biasiswa Terkini

Info Semakan Terkini

Like Our Facebook!!

Blog Archive

item